Monday, February 14, 2011

SEJARAH OLAHRAGA

Sejarah Acara Larian

Pertandingan olahraga yang terawal melibatkan larian. Dalam Olimpik Kuno semua acara adalah larian.Acara 'stade' adalah antara yang mula-mula dipertandingkan dan ia melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara larian ulang-alik yang dinamakan 'dialos' berjarak 384 meter (192 m x 2) diadakan. Sejurus lepas itu acara jarak jauh 5 000 meter yang dinamakan 'dolichos' diadakan.

Pada zaman Olimpik Kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan itu diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz kaki. Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz mereka adalah berbeza. Pagar permulaan ('husplex') digunakan untuk memulakan perlumbaan.

Sebelum 1880an, kemajuan larian olahraga terbantut kerana ketidakselarasan dalam permulaan larian dan pengambilan masa yang tepat. Keadaan ini menyebabkan pennulaan dengan gaya berdiri diperkenalkan kerana ia dianggapkan lebih adil.

Dalam tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan dengan cara memulakan larian. Antara perm,ulaan awal ialah 'pencil start'; para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan digunakan. Dan akhirnya wujudlah gaya dekam. Di Scotland, gaya dekam digunakan pada tahun 1884. Gaya dekal11 juga digunakan di Australia, ia dinamakan 'kangaroo start'. Hanya pada bahagian kedua abad kelapan belas, bila kasut berpaku diperkenalkan, barulah acara larian menjadi lebih popular dan sentiasa dipertandingkan.

Sebelum 1921, kebanyakan pertandingan adalah untuk kaum lelaki. Sebenarnya, zaman Olimpik Kuno menggalakkan pertandingan di kalangan lelaki walaupun ada perayaan khas 'heraean.'

1 comment: