Monday, February 14, 2011

OLAHRAGA

PENGENALAN LARI BERPAGAR
Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan.Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.


Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang boleh di antara pagar dan melepasi halangan (pagar) itu. Masalah utama yang dihadapi oleh atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa takut pada halangan (pagar). Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalanngan pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal.Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang ,mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini.


Dalam acara lari berpagar, empat lorong di sediakan. Tandaan di buat dengan kapur atau kayu pada setiap lorong dengan jarak yang berlainan. Dalam lorong pertama, jarak di antara tandaan adalah 5 meter,lorong 2 ialah 6 meter,manakala lorong ke 3 ialah 7 meter dan lorong ke 4 ialah 8 meter.
Nilai murni dapat diterapkan dalam diri pelajar melalui acara lari berpagar ini. Nilai murni yang pertama adalah saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Pelajar membantu menyediakan peralatan untuk beraktiviti .Nilai murni yang kedua ialah mematuhi peraturan dan undang-undang yang disediakan. Pelajar melakukan aktiviti mengikut arahan guru. Nilai yang ketiga ialah bertanggungjawab. Pelajar dapat menjaga peralatan larian dengan baik . Nilai yang keempat ialah toleransi. Pelajar bersabar menunggu giliran melakukan larian dan tidak merungut.

No comments:

Post a Comment