Lautan informasi tersedia untuk anda...Ilmu adalah untuk dikongsi bukan disimpan sendiri... Bersenam 30 minit 3 kali seminggu untuk kesihatan tubuh badan dan jantung anda... "HARGAI JANTUNG ANDA"
Monday, February 14, 2011
LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR
Latihan 1
{ Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu.
Melangkah batang rotan
Latihan 2
{ Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan.
Melangkah batang rotan yang ditinggikan
1) Tujuan latihan 1 dan 2 ialah;
Untuk membantu setiap peserta membina ritma
Untuk membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari diantara halangan.
2) Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut, “Lompat…satu…dua…tiga…lompat…”
Latihan 3
{ Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi
halangan.
Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta.
{ Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.
Latihan menggerakkan kaki belakang
Latihan 4
{ Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.
Susun batang rotan dan lompat melepasinya
Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.
Latihan 5
{ Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garisan penamat.
{ Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment