SUKMA 2008
Dalam acara 110m lari berpagar, satu rekod baru telah dibuat oleh pelari Sabah, Rayzamsyah Wan Sofian apabila beliau berjaya mencatat 14.10s untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya 2 tahun lalu di Kedah.Larian bertenaga pelari berusia 20 tahun ini meletakkan beliau dihadapan meninggalkan pelari dari Terengganu, Mohd Muslim Sidek dengan catatan 14.79s dan pelari dari Johor, Mohd Rohaizad Jamil dengan catatan 14.90s.
SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)
Atlet lari berpagar terkemuka negara Mohd Robani Hassan memperbaharui rekod Sukan Universiti Asean 2008 (SUA 2008) dalam acara 110m lari berpagar untuk memenangi pingat emas dalam edisi ke-14 temasya itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil .
Robani, 25, mencatatkan 14.07s bagi memadamkan catatan 14.08s yang dilakukan di Hanoi dua tahun lepas.Pingat perak menjadi milik Abdul Hakeem Abdul Halim dari Indonesia (14.45s) manakala gangsa pula dimenangi Suriya Judsri dari Thailand (14.55s).
"Sebenarnya, saya mampu untuk berlari di bawah 14s. Bagaimanapun, saya tidak cukup cergas untuk melakukannya," kata Robani, sambil menambah masa terbaiknya ialah 13.85s yang dilakukannya pada Terbuka Malaysia Julai lepas sebelum Olimpik Beijing.
SUKAN SEA KORAT, THAILAND 2008
Olahraga terus menjadi antara penyumbang utama pingat pada Sukan SEA ke-24 di sini apabila meraih dua lagi emas di samping satu rekod baru dalam acara 110 meter lari berpagar pada hari keempat saingan di Stadium Utama Keputeraan Raja Thai Ke-80 semalam.
Emas terbaru itu diraih Rayzamshah Wan Sofian dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki.Kejayaan Rayzamshah, 19, paling bergaya semalam kerana selain berjaya meraih emas pada penyertaan pertamanya, anak kelahiran Keningau, Sabah ini turut mencipta rekod baru Sukan SEA dengan catatan 13.91 saat.
Di samping itu, catatan masanya semalam adalah kali pertama berjaya dilakukannya di bawah 14 saat. Rekod lama acara ini iaitu 13.92s dipegang atlet Thailand, Suplan Wongshriphuck yang turut beraksi semalam tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua manakala seorang lagi atlet negara, Muhd. Faiz Muhammad ketiga.Dengan kejayaan Rayzamshah itu, Malaysia turut berjaya mengekalkan mahkota acara itu yang dimenangi Mohd. Robani Hassan di Filipina, dua tahun lalu.Namun hasrat sama yang mahu dilakukan atlet 100 meter lari berpagar wanita, Moh Siew Wei, 29, tidak kesampaian apabila sekadar meraih perak sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu.
SUKAN ASIA DOHA
Ini merupakan pingat kedua olahraga di Doha selepas Noraseela Khalid menghadiahkan pingat gangsa dalam 400m lari berpagar wanita.
Namun begitu, hasrat Robani Hassan untuk memberi cabaran terbaik kepada juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Liu Xiang dari China berakhir dengan dia menduduki tempat terakhir di final 110m lari berpagar selepas mencatat 14.04s. Liu seperti dijangka meraih emas dengan 13.15s.
OLIMPIK BEIJING 2008
Atlet wanita AS, Dawn Harper menjuarai acara 100 meter lari berpagar ketika kategori lelaki begitu merasai kehilangan Lui Xiang yang menarik diri akibat cedera. Acara separuh akhir 110 meter lari berpagar lelaki muda dikuasai atlet Cuba yang juga pemegang rekod dunia, Dayron Robles.
No comments:
Post a Comment