Monday, February 14, 2011

DEFINISI OLAHRAGA

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling.

Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula dari sukan olimpik pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IIAF (Pertubuhan Olahraga Amatur Kebangsaan) dalam tahun 1912.
Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan. Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden.

Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.


No comments:

Post a Comment