Monday, February 14, 2011

FASA-FASA LARI BERPAGAR

1. Menuju pagar pertama

§ Bilangan langkah larian hendaklah tetap
§ Berlari dengan pantas (lari pecut)
§ Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.


2. Lonjakan

§ Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa.
§ Kaki kehadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi.
§ Apabila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan.
§ Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan.
§ Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar.
§ Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar

§ Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah kehadapan.
§ Bongkokkan badan kehadapan.
§ Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
§ Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar.
§ Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).


4. Pulihan

§ Kaki hadapan menyentuh trek dengan tumit dahulu.
§ Condong badan dikekalkan.
§ Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian antara pagar.

5. Berlari di antara pagar

§ Bilangan langkah hendakalah sama
§ Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

6. Mengakhiri larian

§ Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat
   

JENIS-JENIS PAGAR
1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE
2) POLANIK HURDLE
3) UCS INTERNATIONAL HURDLE
4)UCS ULTIMATE HURDLE


No comments:

Post a Comment