Monday, February 14, 2011

BIBILIOGRAFI

1. Teng Boon Tong (1989) SIRI PENDIDIKAN LOGMAN, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan) . KARISMA PUBLICATIONS SDN.BHD. SHAH ALAM

2. WEE ENG HOE (2003) SIRI PENDIDIKAN PERGURUAN, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan) . KARISMA PUBLICATIONS SDN.BHD. SHAH ALAM

3. I.A.A.F (1984). Track & Field: A Basic Coaching Manual
( development programme book No 1). London : IAAF.

4. Wee Eng Hoe (1996). Gerak Kerja Kokurikulum (sukan). Shah Alam: Fajar Bakti

5. KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (2006-2007), Buku Peraturan OLAHRAGA

6. Vasudevant T. Arasoo (1993). Olahraga Acara Padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

7. http://www.completetracktraining.com/x. ... wPage/4853

8. http://www.CompleteTrackTraining.com

9. Email: info@CompleteTrackTraining.com

10. http://www.Mfathletic.com

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya akhirnya Kerja Projek Pendidikan Jasmani dan Teknologi Maklumat ini dapat kami siapkan pada masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan tugasan ini, kami menggunakan sepenuh masa yang telah diperuntukkan. Masa yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani, yang mencukupi untuk melaksanakan tugasan ini walaupun sebagai guru pelatih kami tidak terlepas daripada melakukan tugasan-tugasan lain dan hal inilah yang menjadi cabaran terbesar kami untuk membahagikan masa melakukan berbagai-bagai kerja dalam satu masa. Jika kekangan ini tidak dapat ditangkis, maka tidak dapatlah tugasan ini disiapkan seperti ini. Namun, pemikiran yang positif ditambah pula dengan pengurusan dan strategi perlaksanaan kerja, pengurusan masa, kerjasama pensyarah dan rakan lain menjamin kualiti kerja projek ini menjadi sebuah tugasan yang baik.

Pada semester ini, kami diberikan tugasan olahraga. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan kami dikehendaki melakukan tugasan olahraga di bawah tajuk lari berpagar. Kali pertama mendengar mengenai lari berpagar, terbayang difikiran kami perkataan sukar.
Hal ini kerana, proses mencari maklumat mengenai acara itu bukanlah mudah seperti yang dijangka. Kesukaran pertama ialah apabila kami tidak berjaya menjumpai buku-buku rujukan yang sesuai bertepatan dengan tajuk yang diberikan. Melihat kepada keadaan jumlah pelajar yang ramai, sudah tentu pusat sumber tidak dapat menampung keperluan buku-buku yang dikehendaki para pelajar untuk melalukan tugasan yang sama pada waktu yang sama. Namun rintangan ini kami hadapi dengan hati yang tenang dan sentiasa berfikiran positif. Alternatif lain dicari bagi menyelesaikan masalah ini iaitu meminjam dari perpustakaan awam. Kesukaran yang kedua ialah apabila sumber pencarian melalui internet tidak mencukupi. Misalnya kami mencari info mengenai sejarah lari berpagar namun dapatan yang diberikan amatlah ringkas dan tidak memenuhi kriteria yang diperlukan. Dalam hal ini, alhamdulillah dapat diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan yang tidak lokek berkongsi maklumat yang mereka perolehi.
 
Memasuki minggu seterusnya, setelah semua maklumat dikumpulkan. Langkah seterusnya ialah melaksanakan tugasan ke dalam bentuk yang telah ditetapkan. Untuk memudahkan proses menyiapkan tugasan, kerja ini kami bahagikan kepada tiga iaitu seorang menyusun bahan, seorang lagi membuat mencari maklumat dan seorang lagi membuat Blog ini. Pembahagian seperti ini penting kerana ia dapat mengelakkan pembaziran masa malahan ia juga dapat memberikan penumpuan khas dalam satu-satu bidang, maka peratusan untuk melakukan kesilapan adalah kecil. Pada peringkat inilah komitmen ahli kumpulan terhadap sesuatu kerja dapat dilihat. Berkat semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dibina dengan adanya sikap toleransi antara satu sama lain, selain mengambil berat terhadap tugasan yang diberikan.

Mengakhiri ruangan refleksi ini, jutaan terima kasih dilayangkan kepada semua pensyarah terlibat terutamanya pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani kerana tanpa bimbingan anda semua tugasan seperti hari ini tidak mungkin dapat disiapkan dan walaupun ia berjaya disiapkan hasilnya tidak sepertinya.